Pengenalan
Dikemaskini Oleh : Pentadbir Portal Tarikh Cipta : 17-04-2013 PENGENALAN
Bahagian Perhubungan, JAKIM (dahulunya dikenali sebagai Cawangan Urusetia Dasar Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM) telah mengendalikan urusan permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas bagi warganegara asing semenjak pertengahan tahun 1995.
Semua permohonan Pas Lawatan Ikhtisas oleh tenaga pengajar dan pelajar warganegara asing kepada Jabatan Imigresen Malaysia perlu mendapat sokongan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN)/Jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebelum ini, proses permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara manual. Bagi tujuan mempertingkatkan kecekapan dan memudahkan proses permohonan tersebut, pihak JAKIM telah membangunkan Sistem Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas (e-Ikhtisas) bagi membolehkan permohonan surat sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dibuat secara atas talian (online).
KATEGORI PERMOHONAN
Permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas terdiri daripada 4 kategori berikut :
- Tenaga Pengajar - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Mengajar Agama Islam Bagi Warganegara Asing di Malaysia
- Pelajar Islam Asal (18 tahun ke atas) - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Agama Islam di Institusi Pengajian Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti, Bagi Warganegara Asing Di Malaysia
- Pelajar Saudara Baru - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Untuk Belajar Asas Agama Islam di Institusi Pengajian Di Malaysia Yang Berdaftar di Bawah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Mufti, Bagi Warganegara Asing Yang Baru Memeluk Agama Islam
- Pendakwah Jangka Masa Singkat - Permohonan Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas Bagi Pendakwah yang dijemput untuk berdakwah di Malaysia dalam tempoh yang singkat.
|